Tuesday, July 12, 2011

JB Skate Race


Preview thrasher king of the road tapi kite tapau buat dekat JB plak amacam tapi versi lain.

Pendaftaran adalah percuma
prizes:
1st RM500 + goodies
2nd RM300 + goodies
3rd RM200 + goodies

Format JB skate race 2011:
Hampir sama dengan King of The Road, tapi dalam konsep harmoni, mudah, friendship dan etc yang akan ditekankan.

Pada 16 Julai 2011 kami akan buat penerangan sedikit tentang format pertandingan ini, yang merupakan pertama dianjurkan di Malaysia. dan akan dilepaskan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad.

Pendaftaran terbuka sehingga 15 Julai, 2011. dihadkan kepada 20 team yang terawal berdaftar. jadi sila beri kerjasama kepada kami dalam memudahkan hal pengurusan pendaftaran

kami akan cuba sediakan (jika diberi kerjasama):
makanan + minuman + sehelai pakaian + topi.

supported and sponsor by:
- JB art festival "live the arts!"
- JOHO
- abstrax jingga
- N79
-
Boonga Art Shoes
-
N & Z Extreme


Peta untuk JB Skate race 2011

Tarikh: 16 July, 2011

Masa: 2.00pm

Permulaan dan Penamat: Bangunan Sultan Ibrahim (Tangga Agung)

Cek point pertama “1st try JB” (Legaran Segget)

Setiap kumpulan akan diberikan 4 kali percubaan Ollie dan akan dikira berdasarkan jarak kejauhan.

· Setiap seorang hanya akan diberikan sekali sahaja peluang percubaan dalam mendapatkan jarak Ollie yang paling jauh.

· Setiap jarak Ollie yang diperolehi oleh ahli kumpulan akan dicampurkan bersama menjadi satu.

Cek point kedua “Double Trouble” (Jalan Segget – Jalan Trus)

Halangan manual pad, dimana untuk setiap pasukan mereka harus buat antara salah satu trick manual yang akan dicabut.

· Akan diberikan sebanyak 7 jenis kombinasi pilihan trick manual, dan pasukan tersebut perlu memilih antara satu daripada 7 jenis kombinasi trick manual tersebut.

· Pilihan trick tersebut perlu disempurnakan, tapi tidak ditekankan untuk menyempurnakan kombinasi trick yang dipilih, dimana pasukan tersebut juga diberikan kelonggaran untuk menukar kepada kombinasi trick yang lain

Cek point ketiga “Flatland playground” (Jalan Tan Hiok Nee)

· Hanya salah seorang daripada setiap pasukan perlu membuat cabutan trick.

· Trick yang dicabut perlu dilakukan seberapa banyak yang termampu dalam masa 30 saat.

Cek point keempat “Double Trouble” (Berhadapan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru)

Setiap pasukan perlu membuat trick berdasarkan cabutan pada halangan yang disediakan, dan sempurnakan trick dua orang bersama.

· Dua orang akan diperlukan dalam percubaan ini, dimana trick yang dicabut perlu dilakukan secara serentak bersama atau selari.

· Jika tidak dilakukan secara sempurna,maka ia perlu diulangi semula percubaan sehingga sempurna bersama. Ikut giliran jika bertembung dengan pasukan lain.

Cek point kelima “Three pointer” (Berhadapan Bangunan Universiti Tun Abdul Razak)

Di cek point ini akan disediakan tiga jenis halangan yang berbeza(Long rail, Curb dan Rail), trick yang dilakukan adalah berdasarkan cabutan trick. Yang paling penting adalah ahli yang akan melakukan percubaan dilarang sama sekali mengayuh skateboard, tetapi pergerakkan ahli tersebut adalah bergantung kepada ahli-ahli yang lain sebagai contoh dengan menolak ahli berkenaan.

· Hanya 3 orang ahli sahaja diperlukan dalam laksanakan cek point ini, dimana setiap 1 halangan bagi setiap seorang dan cabutan trick perlu dilakukan pada setiap halangan.

Penting:

Terhad kepada 20 pasukan sahaja, yuran pendaftaran adalah percuma+akan diberikan makanan+minuman+baju+topi setiap seorang dalam pasukan anda. Bagi yang berminat untuk join pertandingan ini “JB skate race” boleh tampilkan diri pada 8 Julai 2011 bersama dengan ahli pasukan anda semasa event GEGO dimana kami akan buka booth pendaftaran.

Hanya bermula pada 9 Julai baru anda semua boleh direct terus kepada saya muhamad ezwan (wan extra) di email themelodrama10@gmail.com atau FB muhamad ezwan extra bagi urusan pendaftaran pasukan anda didalam bentuk online session.

tak lupa kepada para penajaan yang ingin contribute dalam aktiviti kami ini bole direct terus seperti yang tertera diatas, atas nama muhamad ezwan (wan extra) terima kasih.

kerjasama anda kami amat hargai.

http://jbartsfest.com/

No comments:

Post a Comment