Tuesday, July 26, 2011

Local act movement ep2


So semalam kita semua dah review usha video daripada Sabahan, kali ni kite review pula gang dari pantai timor dengan video mereka yang masyuk sekali. Apa kate korang semua layan :D
Title: TRIPPIN
credits to: kecikgnome

X-Games 2011


Real street 17 search on youtube for the videos of the pros

Los Angeles
July 28-31, 2011

the street course
the skatepark course

untuk online viewing astro espn channel 812
so boleh la stay tuned to espn 812 untuk Malaysian dari 28 Julai 2011

Monday, July 25, 2011

Local act movement ep1


Sebuah lagi video insprasi daripada anak watan Malaya dan kini dari scene sabahan yawwwww
Title: Day & Night Kota Kinabalu City
credits to 60fps

Jom support local act movement

Sunday, July 17, 2011

JB Skate Race

Syukur organisasi berjaya menyelesaikan event bersama JB art festival pada 16 Julai yang lalu. Ini adalah merupakan konsep event pertama yang pernah dilakukan julung-julung kalinya dan besar buat kami. Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari itu dalam memeriahkan acara, anda semua memang sempoi habis. Kehadiran beberapa otai dari jb yang datang join comp memang terbaik semua.

Result bagi JB Skate Race:

1st Converse (Joey, Akybo, Andrew & Wan Monyet)

2nd Berbual (Aidil banting, Apit Putra, Aie & Haziq Hussin)

3rd NO-GO1 (Syed Muhamad Fauzi, Qushairy & Amir Saiful Bahar)

Longest Ollie Fyee No-Go 2.7 meter

Best flatland playground by difficulty Hamidi

Penghargaan besar kami kepada semua skater-skater yang hadir seperti dari KL dan seluruh pelusuk Johor tak lupa juga pada otai-otai yang join same competition ini.

Kepada para sponsor:

N79 skate shop

N & Z Extreme shop

JOHO concept-store

JB Art Festival “Live the art”

thanks for supporting our event by organisasi papan selaju johor :)

More photo visit:

Kimi sheckler

JB Art Festival


Tuesday, July 12, 2011

JB Skate Race


Preview thrasher king of the road tapi kite tapau buat dekat JB plak amacam tapi versi lain.

Pendaftaran adalah percuma
prizes:
1st RM500 + goodies
2nd RM300 + goodies
3rd RM200 + goodies

Format JB skate race 2011:
Hampir sama dengan King of The Road, tapi dalam konsep harmoni, mudah, friendship dan etc yang akan ditekankan.

Pada 16 Julai 2011 kami akan buat penerangan sedikit tentang format pertandingan ini, yang merupakan pertama dianjurkan di Malaysia. dan akan dilepaskan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad.

Pendaftaran terbuka sehingga 15 Julai, 2011. dihadkan kepada 20 team yang terawal berdaftar. jadi sila beri kerjasama kepada kami dalam memudahkan hal pengurusan pendaftaran

kami akan cuba sediakan (jika diberi kerjasama):
makanan + minuman + sehelai pakaian + topi.

supported and sponsor by:
- JB art festival "live the arts!"
- JOHO
- abstrax jingga
- N79
-
Boonga Art Shoes
-
N & Z Extreme


Peta untuk JB Skate race 2011

Tarikh: 16 July, 2011

Masa: 2.00pm

Permulaan dan Penamat: Bangunan Sultan Ibrahim (Tangga Agung)

Cek point pertama “1st try JB” (Legaran Segget)

Setiap kumpulan akan diberikan 4 kali percubaan Ollie dan akan dikira berdasarkan jarak kejauhan.

· Setiap seorang hanya akan diberikan sekali sahaja peluang percubaan dalam mendapatkan jarak Ollie yang paling jauh.

· Setiap jarak Ollie yang diperolehi oleh ahli kumpulan akan dicampurkan bersama menjadi satu.

Cek point kedua “Double Trouble” (Jalan Segget – Jalan Trus)

Halangan manual pad, dimana untuk setiap pasukan mereka harus buat antara salah satu trick manual yang akan dicabut.

· Akan diberikan sebanyak 7 jenis kombinasi pilihan trick manual, dan pasukan tersebut perlu memilih antara satu daripada 7 jenis kombinasi trick manual tersebut.

· Pilihan trick tersebut perlu disempurnakan, tapi tidak ditekankan untuk menyempurnakan kombinasi trick yang dipilih, dimana pasukan tersebut juga diberikan kelonggaran untuk menukar kepada kombinasi trick yang lain

Cek point ketiga “Flatland playground” (Jalan Tan Hiok Nee)

· Hanya salah seorang daripada setiap pasukan perlu membuat cabutan trick.

· Trick yang dicabut perlu dilakukan seberapa banyak yang termampu dalam masa 30 saat.

Cek point keempat “Double Trouble” (Berhadapan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru)

Setiap pasukan perlu membuat trick berdasarkan cabutan pada halangan yang disediakan, dan sempurnakan trick dua orang bersama.

· Dua orang akan diperlukan dalam percubaan ini, dimana trick yang dicabut perlu dilakukan secara serentak bersama atau selari.

· Jika tidak dilakukan secara sempurna,maka ia perlu diulangi semula percubaan sehingga sempurna bersama. Ikut giliran jika bertembung dengan pasukan lain.

Cek point kelima “Three pointer” (Berhadapan Bangunan Universiti Tun Abdul Razak)

Di cek point ini akan disediakan tiga jenis halangan yang berbeza(Long rail, Curb dan Rail), trick yang dilakukan adalah berdasarkan cabutan trick. Yang paling penting adalah ahli yang akan melakukan percubaan dilarang sama sekali mengayuh skateboard, tetapi pergerakkan ahli tersebut adalah bergantung kepada ahli-ahli yang lain sebagai contoh dengan menolak ahli berkenaan.

· Hanya 3 orang ahli sahaja diperlukan dalam laksanakan cek point ini, dimana setiap 1 halangan bagi setiap seorang dan cabutan trick perlu dilakukan pada setiap halangan.

Penting:

Terhad kepada 20 pasukan sahaja, yuran pendaftaran adalah percuma+akan diberikan makanan+minuman+baju+topi setiap seorang dalam pasukan anda. Bagi yang berminat untuk join pertandingan ini “JB skate race” boleh tampilkan diri pada 8 Julai 2011 bersama dengan ahli pasukan anda semasa event GEGO dimana kami akan buka booth pendaftaran.

Hanya bermula pada 9 Julai baru anda semua boleh direct terus kepada saya muhamad ezwan (wan extra) di email themelodrama10@gmail.com atau FB muhamad ezwan extra bagi urusan pendaftaran pasukan anda didalam bentuk online session.

tak lupa kepada para penajaan yang ingin contribute dalam aktiviti kami ini bole direct terus seperti yang tertera diatas, atas nama muhamad ezwan (wan extra) terima kasih.

kerjasama anda kami amat hargai.

http://jbartsfest.com/

Sunday, July 10, 2011

Result "GEGO second wave skate competition"


So selepas puas menelaah dan melayan karenah skater-skaters johor akhirnya pada 8 julai 2011, ternyata the jokers semua nampak memang awesome gile. salute kat korang semua sebab sanggup datang dari jauh macam dari tangkak, muar, yong peng dan dari pelusuk yang lain just nak support event organisasi. terima kasih banyak-banyak kami tak tahu nak balas ape dengan korang semua. dan yang paling penting kami organisasi muda-muda lagi dah dapat jejakkan kaki di bangunan iconic johor hehehe..rase terpegun pulak dalam mimpi..sebelum jauh menyimpang ini adalah untuk anda semua.

Result "GEGO second wave skate competition"
- G.O.S (1st Ron Agusan & 2nd Wan No-go)
- Best Run (1st @Ron Agusan, 2nd Fyee No-Go & 3rd Wan No-go)

watak pemenang pada malam tu:
Ron Agusan

Wan No-go

Fyee No-go

tahniah kepada semua pemenang. so next time kalau ade rezeki kite buat lagi, dan kami harap korang yang lain boleh cuba lagi dan jangan malu-malu nak join eh..hehe:)

Orang kuat Organisasi Papan Selaju Johor pada malam tu:
Tulang belakang Organisasi Papan Selaju Johor pada setiap masa:

Credits Photos:

tapi jangan lupe eh, kami da buka pintu so korang jangan malu-malu masuk, hehe bukit timbalan skatepark boleh dimain sejak dari 8 julai sehingga 24 julai 2011 so korang semua bole la main kat atas tu sambil layan art festival punye event sebagai contoh tarian, teater dan etc. tapi tutup jam 12 tengah malam, so ajak la kawan-kawan semua kesana, dengan syarat korang kene la bersopan dan jaga diri ketika diatas sane eh sebab tempat sultan tu..

thanks to our sponsor event pada 8 julai:

tak lupa juga kepada JB art festival kerana beri kami ruang untuk berskate di atas sane.

Wednesday, July 6, 2011

“The Promo”

Dengan kerjasama JB art Festival “live the arts” amik layan GEGO the second wave

GEGO 2011: The Next Wave - Promo from johobaru on Vimeo.

Thanks to JOHO untuk Second wave promo video memang uhmmm terbaik.

Antara penaja yang telah mengambil bahagian dalam penajaan aktiviti organisasi dalam “GEGO” Gathering skate dan saje suke competition pada 8 Julai 2011. Juga 16 Julai 2011 bagi JB skate race. Terima kasih yang teramat J terhadap penajaan produk anda, so guys untuk anda semua apa kata jalankan tugas dengan menyinggah dan support produk-produk mereka.

EndSevenNine skate shop

JOHO concept-store

Abstrax clothing apparel

Boonga art shoes

N & Z Extreme