Wednesday, May 25, 2011

Converse present Block Party



Converse present Block Party, akhirnya sampai ke Negeri Johor.
mari semua meriahkan majlis mereka dengan Youth aktiviti seperti Skateboard competition, live band and etc.
apa lagi tunggu Johorian, tampilkan dan hadirkan diri anda semua ke event ini. tak kira anda skaters atau tidak tapi yang penting datang dan have full of enjoy and fun with everybody there.
bukan setakat itu sahaja, converse juga akan adakan jualan warehouse mereka di Johor.
so anda semua boleh check out flyers dibawah.
atau bole juga klik link converse malaysia untuk detail info event.
jom berparti yah. dan jaga diri semua.
converse present Block party
Tempat : Jusco Tebrau, JB
Tarikh : 4-5 Jun 2011
spread the news..JOHOR *> CONVERSE

Monday, May 23, 2011

PCP night competition

ok kali ni review sikit video PCP night competition bulan april lalu..
memang terbaik bagi aku, cuaca tak panas, happening dengan kehadiran ramai orang dan ramai extremers2 yang berbakat juga datang pada malam tu. . so apa kata korang layan review video atas ni ye..

credits to:

Wednesday, May 11, 2011

Talent Time Ep2

Minggu lepas baru sahaja berlangsung ye event di Taman mawar. NO-GO skate present "Saje Suke skate competition". Dan ini adalah antara gambar2 skaters yang tengah melayan trick di park tersebut.Enjoy yah, dan kalau berminat nak kenal dengan skaters atau pun photographer boleh la klik pada nama mereka ye

Tricks: Manual
Credits
Photo by: Hayat Nasir

Tricks: Bs Feeble
Credits
Skaters: Wan NO-GO
Photo by: Khaneefa Khan

Tricks: Fs Over Crooks
Credits
Photo by: Hayat Nasir

Tricks: Bs Lipslide
Credits
Skaters: Adi Mirza
Photo by: Khaneefa Khan

Tricks: Kickflip Bs 50.50
Credits
Skaters: Keyday
Photo by: Hayat Nasir

Sekian sahaja, dan kalau ada antara korang yang nak share. tentang yang berkait dengan talent time ni boleh la contact or roger di group yah panggil admins. so kalau best boleh kasi paste dalam blog kita. sama2 kita share
respect everybody :)

Monday, May 9, 2011

Saje suke skate competition result

1st: ali ahlim­ ­
2nd: ahamad saiful­ ­
3rd: khairul othman­ ­


sumber oleh Kimi NOGO

antara skaters-skaters dan old timer yg hadir
tahniah kepada semua pemenang dan juga yang datang memeriahkan event.

Lebih banyak gambo di Khaneefa khan NOGO
berita lanjut akan diupdate lagi..stay tuned

Friday, May 6, 2011

Berita Antarabangsa "Street League"

Esok merupakan Kick-off Finals event bagi First Street League edition untuk tahun 2011
so hentian pertama adalah Seattle, Washington
30 Pro skaters akan berentap dalam mendapatkan gelaran street league, siapa akan menang
apa lagi tunggu jangan ketinggalan yah, Finals tune up on 08 May, 2011 9am Malaysia
untuk siaran langsung pergi ke Street league FB page
it gonna be sick....


untuk maklumat lanjut boleh layari streetleague.com


Thursday, May 5, 2011

Spot Cek Ep1


first spot cek kali ini adalah skatepark NO-GO
antara DIY park yang ada di Johor
binaan dan rekaan dari NO-GO skate sendiri
seperti yang tertera di atas, disini disediakan simple bridge concept(downrail dan flat rail)
selain bridge ada juga flat rail(round and bar), luncher dan funbox
Lokasi: Taman Mawar, Pasir gudang, Johor.
Waktu: 24jam selagi tidak menggangu, spotlight tapi masih kurang pengcahayaan
Korang juga boleh cek map di bawah ataupun terus ke google maps dan sumber yang boleh dipercayai
credits
Photo by: Kimi NO-GO


Berita Selatan Ep1


Comp ini adalah 100% purely untuk The Jokers shj.
Terbuka untuk semua skaters DI JOHOR
Bermakna pertandingan ini hanya layak disertai oleh mereka yang beralamat atau mempunyai jata diri negeri JOHOR sahaja
Best Run Format
Yuran penyertaan RM5
Prizing RM untuk dimenangai.....
Terima kasih kepada NOGO skate atas event ini
dan sokongan dari K-park
Jom enjoy

Talent Time Ep1

antara Jokers yang layan trick pada malam kayuh dan riuh ep1

Trick: Noselide
Credits
Skaters: Lott Shazreen
Photo by: Harith Ithnin

Trick: Fs 5.0 Grind
Credits
Skaters: Kimi NO-GO
Photo by: Harith Ithnin

Trick: Ollie
Credits
Photo by: Khaneefa Khan


Kayuh & Riuh Ep1 "Kembali ke Jalanan"

Event pertama dari kami kayuh dan riuh ep1 "kembali ke jalanan"
ini adalah bersempena dengan Earth Hour, dalam usaha untuk menjadikan skate ini menyeronokkan sambil gather skaters-skaters johor tak kira yang lama mahupun yang baru.
di samping bersuka ria dapat juga menyumbang sesuatu kepada malam earth hour dengan cara kami sendiri
kayuhan beramai-ramai sepanjang jalan di bandar Johor Bahru
dan syukur sangat acara kami ini mendapat sambutan dan hampir 80 lebih skaters yang turun pada malam itu.
acara yang ini juga adalah illegal jadi kami sangat bersyukur tidak terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini.
jadi nantikan pergerakkan kami yang seterusnya

Credits
Photo by Khaneefa Hann
Untuk detail lebih lanjut boleh refer pada

Wednesday, May 4, 2011

Pertubuhan Revolusi

Organisasi papan selaju JOHOR ditubuhkan pada 10 Feb 2011 oleh kami berempat. idea kumpulan ini adalah pada asalnya hanya gurauan antara kami saja. Namun selepas terubuhnya group ini di facebook, Organisasi ini mendapat sokongan positive dari semua pihak termasuk anda semua the joker yang merupakan ahli organisasi kami. Organisasi ini adalah bukan badan yang berdaftar dan kami bergerak secara indipendent dan masih muda usia organisasi ini. jadi adalah tidak salah andai kata anda mempunyai idea untuk dikongsi bersama kami. Tumpuan asal kami menubuhkan Organisasi ini adalah untuk seluruh rakyat Johor untuk peringkat permulaan ini. Pada 26 mac 2011, adalah acara sulung yang dianjurkan oleh kami iaitu kayuh&riuh ep1 dan secara rasminya organisasi kami dirasmikan.


>>founder kepada organisasi ini adalah:

Ejat (sufi sufian)

Kimi nogo

toy extra

wan extra


>>the joker

- adalah gelaran untuk semua ahli dalam group

- juga dikenali sebagai Johor skaters,

- memang dasar sikap setiap seorang johor adalah seorang yang suka berlawak, mesra, sihat dan menghormati


tujuan :

setelah sekian lama, Johor adalah antara negeri yang paling sunyi daripada aktiviti papan selaju malahan sukan extreme yang lain juga. malahan interaksi antara satu daerah atau group adalah terbatas.

1)mengeratkan kembali pertalian persahabatan tidak kira group atau daerah mana sekalipun

2)mewujudkan interaksi dan komunikasi sihat antara kita semua tanpa batas atau halangan

3)menarik minat sama ada orang2 awam atau mereka yang sudah stop dari skate.

4)membangunkan dan menghidupkan kembali scene skateboard kembali seperti zaman dulu2

5)sokong dan bantu mereka yang berinspirasi dalam membangunkan scene

6)Paling penting kami ingin mewujudkan semangat menikmati,hayati erti sebenar skateboard


Motto

Persahabatan, bersatu, menikmati dan berkembang

Kami mohon anda semua the joker untuk tampilkan diri membantu kami dalam mengerakkan kembali scene johor. mulakan hari anda dengan respect setiap orang disekeliling anda. Kami ingin mulakan revolusi yang baru terhadap scene JOHOR, jadi kami perlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk teruskan revolusi ini. Jika tiada aral melintang Organisasi ini akan menjadi pergerakkan untuk jangka masa panjang.