Wednesday, May 4, 2011

Pertubuhan Revolusi

Organisasi papan selaju JOHOR ditubuhkan pada 10 Feb 2011 oleh kami berempat. idea kumpulan ini adalah pada asalnya hanya gurauan antara kami saja. Namun selepas terubuhnya group ini di facebook, Organisasi ini mendapat sokongan positive dari semua pihak termasuk anda semua the joker yang merupakan ahli organisasi kami. Organisasi ini adalah bukan badan yang berdaftar dan kami bergerak secara indipendent dan masih muda usia organisasi ini. jadi adalah tidak salah andai kata anda mempunyai idea untuk dikongsi bersama kami. Tumpuan asal kami menubuhkan Organisasi ini adalah untuk seluruh rakyat Johor untuk peringkat permulaan ini. Pada 26 mac 2011, adalah acara sulung yang dianjurkan oleh kami iaitu kayuh&riuh ep1 dan secara rasminya organisasi kami dirasmikan.


>>founder kepada organisasi ini adalah:

Ejat (sufi sufian)

Kimi nogo

toy extra

wan extra


>>the joker

- adalah gelaran untuk semua ahli dalam group

- juga dikenali sebagai Johor skaters,

- memang dasar sikap setiap seorang johor adalah seorang yang suka berlawak, mesra, sihat dan menghormati


tujuan :

setelah sekian lama, Johor adalah antara negeri yang paling sunyi daripada aktiviti papan selaju malahan sukan extreme yang lain juga. malahan interaksi antara satu daerah atau group adalah terbatas.

1)mengeratkan kembali pertalian persahabatan tidak kira group atau daerah mana sekalipun

2)mewujudkan interaksi dan komunikasi sihat antara kita semua tanpa batas atau halangan

3)menarik minat sama ada orang2 awam atau mereka yang sudah stop dari skate.

4)membangunkan dan menghidupkan kembali scene skateboard kembali seperti zaman dulu2

5)sokong dan bantu mereka yang berinspirasi dalam membangunkan scene

6)Paling penting kami ingin mewujudkan semangat menikmati,hayati erti sebenar skateboard


Motto

Persahabatan, bersatu, menikmati dan berkembang

Kami mohon anda semua the joker untuk tampilkan diri membantu kami dalam mengerakkan kembali scene johor. mulakan hari anda dengan respect setiap orang disekeliling anda. Kami ingin mulakan revolusi yang baru terhadap scene JOHOR, jadi kami perlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk teruskan revolusi ini. Jika tiada aral melintang Organisasi ini akan menjadi pergerakkan untuk jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment