Wednesday, August 24, 2011

Paso Bumbong 2011

Salam ceria semua..ok kali ni organisasi beranikan diri tampil di khalayak ramai dengan join event paso bumbong.
so kali ni kami akan buka booth untuk semua orang singgah tak kire korang ni skater atau pun tidak
so meet us tulang belakang organisasi at the roof top Plaza seni on 27 of august 2011
Jyeah!!!!!!!
Gadis Melayu (Hz)

KCK skateboard
Purpose kite orang buka booth pada hari tu adalah untuk mendaratkan local produk dari KCK dan juga Hz (Gadis melayu) ke tanah jajahan Johor. kami nak tengok sama ada orang-orang Johor ni support local produk atau pun tidak. Disamping itu juga kami akan jual barangan baru dan juga terpakai.
dan yang paling penting sebenarnya kami nak korang semua singgah lepak dan berkenalan dengan kite orang..
nak tahu juga la siapa the jokers yang selalu support movement kami ni, so bole la nanti kenal rapat kan..senang ade connection kalau nak skate :)

p/s: so lepas je abis buka booth malam kite skate, hehe street di area bazaar jb!!!!...
jom siapa nk ikut..lai lai lai
dan kalau tak ade aral melintang kami akan proceed kami punye projek berkenaan dengan kerja amal skate stuff, which kami masih menunggu material sumbangan khazanah dari mane-mane pihak.

Friday, August 12, 2011

Mari beramal


Salam ceria semua, ok entry kali ni adalah tentang kerja amal yang kami organisasi ingin plan. Ilham tentang kerja amal datangnya bersempenaan dengan bulan ramadhan. Dimana kami ingin memupuk rasa kongsi dikalangan the jokers dan juga skaters-skaters lain untuk bersama berkongsi rasa seronok bermain skate dengan orang lain yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan skate.

Plan:
Idea simple sahaja, kami tidak mahu membebankan sesiapa yang ingin menyumbang kepada kami dengan memberikan barangan baru. Tetapi kami cuma ingin sumbangan dari pada pihak-pihak anda barangan terpakai atau yang sudah lapuk yang korang semua da kompem-kompem dah tak pakai lagi. So kami akan mengumpulkan barangan terpakai tersebut yang tergolong dari pada deck, truck, wheel, bearing, kasut dan lain-lain yang mana kondisi barangan tersebut dikira masih boleh digunakan untuk pihak yang seterusnya.

Objektif:
Objektif juga senang, kami organisasi ade plan nak buka booth pada satu-satu event. Dimana dalam booth kami dalam sambil melakukan aktiviti seperti menjual barangan skateboard dan juga review pasal scene skateboard kami juga akan melakukan aktiviti yang mat saleh selalu kate "product give away". Product give away atau juga kami akan buat penjual barangan seperti penjual kedai-kedai bundle lakukan. Menjual barangan pada harga yang rendah. Ok barangan tersebut adalah terdiri dari barangan sumbangan dari pihak yang menyumbang kepada kami dan duit hasil dari pada penjualan akan di masukkan kedalam tabung organisasi

Kami harap idea pengumpulan barangan terpakai ni dapatlah sustain atau berterusan sampai bila-bila. So dari situ la caranya kite bangunkan komuniti dan juga kongsi bersama. So kepada yang nak contribute kan diri dalam menyumbangkan baranga bole la contact kami, segala bantuan dan sumbangan dari pihak anda amatlah kami hargai. Boleh la start menyumbang mulai dari sekarang :)

Boleh search page FB:
"Organisasi Papan Selaju Johor"
atau bole contact

Wednesday, August 10, 2011

Local act movement ep3


satu lagi montage terbaik dari skateboard.com.my yang dihasilkan oleh cik munir dengan support dari sibling skateboard
enjoy
Title: July montage
Credits to: Skateboard.com.my