Friday, August 12, 2011

Mari beramal


Salam ceria semua, ok entry kali ni adalah tentang kerja amal yang kami organisasi ingin plan. Ilham tentang kerja amal datangnya bersempenaan dengan bulan ramadhan. Dimana kami ingin memupuk rasa kongsi dikalangan the jokers dan juga skaters-skaters lain untuk bersama berkongsi rasa seronok bermain skate dengan orang lain yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan skate.

Plan:
Idea simple sahaja, kami tidak mahu membebankan sesiapa yang ingin menyumbang kepada kami dengan memberikan barangan baru. Tetapi kami cuma ingin sumbangan dari pada pihak-pihak anda barangan terpakai atau yang sudah lapuk yang korang semua da kompem-kompem dah tak pakai lagi. So kami akan mengumpulkan barangan terpakai tersebut yang tergolong dari pada deck, truck, wheel, bearing, kasut dan lain-lain yang mana kondisi barangan tersebut dikira masih boleh digunakan untuk pihak yang seterusnya.

Objektif:
Objektif juga senang, kami organisasi ade plan nak buka booth pada satu-satu event. Dimana dalam booth kami dalam sambil melakukan aktiviti seperti menjual barangan skateboard dan juga review pasal scene skateboard kami juga akan melakukan aktiviti yang mat saleh selalu kate "product give away". Product give away atau juga kami akan buat penjual barangan seperti penjual kedai-kedai bundle lakukan. Menjual barangan pada harga yang rendah. Ok barangan tersebut adalah terdiri dari barangan sumbangan dari pihak yang menyumbang kepada kami dan duit hasil dari pada penjualan akan di masukkan kedalam tabung organisasi

Kami harap idea pengumpulan barangan terpakai ni dapatlah sustain atau berterusan sampai bila-bila. So dari situ la caranya kite bangunkan komuniti dan juga kongsi bersama. So kepada yang nak contribute kan diri dalam menyumbangkan baranga bole la contact kami, segala bantuan dan sumbangan dari pihak anda amatlah kami hargai. Boleh la start menyumbang mulai dari sekarang :)

Boleh search page FB:
"Organisasi Papan Selaju Johor"
atau bole contact

5 comments:

  1. Setakat ni blum plan lg nk buat ape2 demo or comp sort camtu..tp it depends la kalau plan baik2 InsyaAllah org kate why not buat..tp itu la itu semua nk kene depend pada surrounding event hari tu

    ReplyDelete
  2. Sori guys..aku punya dah lama sedekah kat bebudak kampung PCP. Masa tu PCP baru bukak and aku tgk dorang kongsi 10 org satu skateboard buruk. So semua board dan wheels lama aku dah sedekah dah...kalau ada lagi aku bagitau

    ReplyDelete
  3. terbaik, aku rasa ramai je skater kt luar tu yg byk lebihan spare part..passing2 la skit..derma :)

    ReplyDelete
  4. Boy Ipoh: owh ye er..orite thanks eh sbb concern :)..

    ekmal: yup InsyaAllah ade la nnt..kami pn tggu dgn sabo

    ReplyDelete