Tuesday, June 28, 2011

Second wave 8 Julai dan 16 Julai 2011


preview video dari tahun lepas punya GEGO 2010

Salam sejahtera semua, baiklah kali ini nak bercerita pasal event yang akan muncul pada Julai seperti yang telah dijanjikan sebelum ini pasal event postponed. Selepas berhempas pulas mencari penaja dan sokongan dan masih lagi kami berhempas pulas bagi menambah lagi penajaan yang sudah sedia ada ini akhirnya kami bergerak juga menuju kepada event seperti yang dijanjikan. Dimana organisasi akan menguruskan dua event skateboard pada bulan Julai ini, menarik sangat dan juga yang paling menarik adalah event yang di uruskan akan diadakan di bangunan ikon johor iaitu Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan JB. Ini adalah bersamaan dengan aktiviti seni iaitu JB ART FESTIVAL “ live the arts” yang akan diadakan dari 1 Julai sehinggan 24 Julai 2011. Adalah satu pembaziran bagi semua golongan belia jika mereka tidak kesana usha aktiviti seni sebagai contoh akan ada teater, tarian, kompang, dan pelbagai lagi. So acara skateboard adalah antara acara sampingan bagi menarik perhatian kita semua belia untuk bersama membudayakan seni dalam diri kita.

So start dari 8 Julai jika tiada aral melintang, organisasi akan bawakan kepada anda skatepark dan akan diletakkan diatas sana ye sehingga 24 julai 2011. So pandai-pandai korang semua layan park tu, tapi diharapkan anda menjaga keselamatan, adab dan juga harap korang semua dapat menghormati kawasan itu so paham-paham ye kebersihan yang paling penting tempat sultan beb. Ini adalah acara percuma untuk anda semua so kenapa nak berkira sangat untuk join so mari-mari penuhkan ruang di skatepark bukit timbalan. Bawa keluarga dan rakan-rakan sambil layan skateboard, korang juga boleh layan arts festival itu sendiri. So make use of it la ok guys, hari-hari korang boleh layan skateboard dan hari-hari korang boleh layan seni yang akan dipertunjukkan kepada anda semua. Bila lagi kan nak layan lifestyle yang macam ni kan setahun sekali je bukan selalu atleast kite skaters or youth lebih tertedah kepada johor lifestyles culture yang mana nanti tak la orang-orang tua ni kata budak-budak zaman sekarang ini layan yang bukan-bukan je. Tapi kalau tiba-tiba die orang nampak kite layan art, culture, heritage ni atleast terbukak mata dorang dan mana tahu tertukar perspektif dari dorang wah bagus budak-budak zaman sekarang healthy J we should support them. Ha kedebum beb.

8 Julai, 2011 3pm till end

GEGO sudah kembali, ini adalah tahun kedua GEGO yang dibawa oleh JOHO bersama bagi memeriahkan aktiviti JB ART FESTIVAL “live the arts” Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan JB. Setelah berjaya pada tahun lepas dengan kunjungan lebih dari 2000 orang pada satu-satu masa dengan pelbagai acara yang dibuat hanya untuk menarik lebih ramai belia melayan arts and heritage culture of johor styles. Bagi tahun ini dengan konsep yang lebih baru GEGO dengan slogan “second waves” 2011 akan dibawa sekali lagi dengan lebih meriah dan menarik. Ini adalah chance untuk anda semua mingle dan get connected dengan kawan-kawan baru, tak salah pun asalkan dengan cara yang betul ye. So ini adalah totally untuk youth program antara acara yang akan diadakan pada hari itu adalah:

- Photograhy (digital,lomo, films and etc)

- Graffiti

- Fine art painting

- Community group and gathering (skateboard, longboard and etc)

- Music performances (gig by statik, dewata, miss fynn and more)

- Car boot sales (korang semua pasti dah tahu pasal kewujudan aktiviti ni kan)

- Dan banyak lagi nak cerita memang panjang

Kali ini dengan lebih gempaks ye event GEGO akan menekan lifestyle orang-orang papan ye (skaters, longboarders, surfers and more). So memang menarik kite naik dan join same-same. Kalau ade yang berminat nak belajar atau get to know with those people as per mention boleh la tegur-tegur eh jangan malu-malu. Kami tak makan orang tapi kami nak kenal dengan orang itu adalah janji kami semua. Tapi yang paling penting adalah minggu ini adalah minggu terbaik jika anda dari luar dari johor atau johor bahru untuk singgah menikmati youth aktiviti di JB memang tak menyesal, sebab untuk minggu ni akan ade marathon akiviti start dari 8 julai adalah GEGO 2011, 9 Julai Plague of Happiness dan 10 Julai Metal fest tak percaya ha apa kata korang usha sendiri flyers dibawah dan link yang sudah sedia ada. So memang tak akan menyesal punya untuk datang dan lepak-lepak di JB. more infos bole la ke johobaru.blogspot.com

skate competition open johor bermula dalam jam 8 malam till end so get ready guys.sambil layan skate kite layan gak gigs yang ada eh..)
so pada hari tu akan ada demo dari brather-brather longboard dari johor, dan juga tak lupa skateboard juga akan ade kan sedikit competition untuk memeriahkan acara.

16 Julai, 2011

Jom join bersama kami generasi Y alami segala keseronokkan mengayuh skateboard kelililng bandar JB. Memang seronok format yang belum pernah dibuat dimana-mana lagi dan paling menarik anda semua akan get to known some part of heritage places for JB khususnya. Format yang hampir sama seperti king of the road trasher cuma yang membezakan hanya ia dilakukan satu hari sahaja dan permakahan diberi mengikut mata yang dikumpulkan dan juga masa. Satu pasukan mesti mempunya empat orang sahaja, dimana akan ada beberapa cek point sepanjang perjalanan mengelilingi bandar JB. Setiap pasukan perlu berhenti disetiap cek point dan melakukan ujian yang akan diberikan untuk mendapatkan cop (passport). So apa kata korang usha bawah ini tengok perjalanan format pertandingan.

Peta untuk JB Skate race 2011

Tarikh: 16 July, 2011

Masa: 2.00pm

Permulaan dan Penamat: Bangunan Sultan Ibrahim (Tangga Agung)

Cek point pertama “1st try JB” (Legaran Segget)

Setiap kumpulan akan diberikan 4 kali percubaan Ollie dan akan dikira berdasarkan jarak kejauhan.

· Setiap seorang hanya akan diberikan sekali sahaja peluang percubaan dalam mendapatkan jarak Ollie yang paling jauh.

· Setiap jarak Ollie yang diperolehi oleh ahli kumpulan akan dicampurkan bersama menjadi satu.

Cek point kedua “Double Trouble” (Jalan Segget – Jalan Trus)

Halangan manual pad, dimana untuk setiap pasukan mereka harus buat antara salah satu trick manual yang akan dicabut.

· Akan diberikan sebanyak 7 jenis kombinasi pilihan trick manual, dan pasukan tersebut perlu memilih antara satu daripada 7 jenis kombinasi trick manual tersebut.

· Pilihan trick tersebut perlu disempurnakan, tapi tidak ditekankan untuk menyempurnakan kombinasi trick yang dipilih, dimana pasukan tersebut juga diberikan kelonggaran untuk menukar kepada kombinasi trick yang lain

Cek point ketiga “Flatland playground” (Jalan Tan Hiok Nee)

· Hanya salah seorang daripada setiap pasukan perlu membuat cabutan trick.

· Trick yang dicabut perlu dilakukan seberapa banyak yang termampu dalam masa 30 saat.

Cek point keempat “Double Trouble” (Berhadapan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru)

Setiap pasukan perlu membuat trick berdasarkan cabutan pada halangan yang disediakan, dan sempurnakan trick dua orang bersama.

· Dua orang akan diperlukan dalam percubaan ini, dimana trick yang dicabut perlu dilakukan secara serentak bersama atau selari.

· Jika tidak dilakukan secara sempurna,maka ia perlu diulangi semula percubaan sehingga sempurna bersama. Ikut giliran jika bertembung dengan pasukan lain.

Cek point kelima “Three pointer” (Berhadapan Bangunan Universiti Tun Abdul Razak)

Di cek point ini akan disediakan tiga jenis halangan yang berbeza(Launcher, Curb dan Rail), trick yang dilakukan adalah berdasarkan cabutan trick. Yang paling penting adalah ahli yang akan melakukan percubaan dilarang sama sekali mengayuh skateboard, tetapi pergerakkan ahli tersebut adalah bergantung kepada ahli-ahli yang lain sebagai contoh dengan menolak ahli berkenaan.

· Hanya 3 orang ahli sahaja diperlukan dalam laksanakan cek point ini, dimana setiap 1 halangan bagi setiap seorang dan cabutan trick perlu dilakukan pada setiap halangan.

Penting:

Terhad kepada 20 pasukan sahaja, yuran pendaftaran adalah percuma+akan diberikan makanan+minuman+baju+topi setiap seorang dalam pasukan anda. Bagi yang berminat untuk join pertandingan ini “JB skate race” boleh tampilkan diri pada 8 Julai 2011 bersama dengan ahli pasukan anda semasa event GEGO dimana kami akan buka booth pendaftaran.

Hanya bermula pada 9 Julai baru anda semua boleh direct terus kepada saya muhamad ezwan (wan extra) di email themelodrama10@gmail.com atau FB muhamad ezwan extra bagi urusan pendaftaran pasukan anda didalam bentuk online session.

tak lupa kepada para penajaan yang ingin contribute dalam aktiviti kami ini bole direct terus seperti yang tertera diatas, atas nama muhamad ezwan (wan extra) terima kasih.

kerjasama anda kami amat hargai.

kalau ada masalah dalam viewing gambo bole direct ke

http://johobaru.blogspot.com/

http://jbartsfest.com/

No comments:

Post a Comment