Sunday, February 19, 2012

Hero Malaya 2011 Present "Suhaimi Barawit"

Kata-kata dari suhami barawit berkenaan dengan scene, Renung-renungkan dan ambil iktibar dari pengalaman beliau :)

“UTHM X-games” ni sebenarnya bukanlah sesuatu yang dirancang pada tahun 2008 dulu. Hal ini berikutan kegersangannya skate comp pada masa tersebut. Bukan sahaja di area Johor, malahan hampir seluruh Malaysia ketika itu. Tapi pada masa tersebut, comp pada area selatan khususnya yang merangkumi Johor,Negeri Sembilan dan Melaka memang tersangat tenat. So,kitorang pun juz go on untuk buat skate comp event, so memang tiada langsung experience dalam organize dan manage event sebelum ni. Di support sepenuhnya oleh crew-crew yang rata-ratanya bukan skateboarder. Walaupun sambutan untuk tahun pertama pada tahun 2008 kurang memberangsangkan event skateboarders dari area Johor sendiri, kitorang still keep on the spirit dan think positive untuk organize pada tahun 2009 seterusnya. Dengan memperbetulkan apa yang kurang pada tahun sebelumnya, tahun 2009 lebih kompetitif dan meriah dengan format comp yang baru, hadiah yang lebih lumayan dan para skateboarders yang turut hadir datang dari Johor, Selangor dan KL. Tidak lupa juga kepada sponsor-sponsor yang turut menyumbang dan media-media yang turut menyokong sepenuhnya event tersebut. Tahun 2010 boleh dikatakan sebagai legasi seterusnya yang menyambung UTHM X-Games tapi kali ni di bawah kelolaan Pisdeq. Kitorang turut menukar format comp yang sedia ada bagi menjadikan event tersebut lebih meriah dan fresh sebagai contoh format Skate Team Battle pada downledge & downrail(non-sponsor + sponsored skateboarder), Best Trick on bank to bank dan GOS pada funbox dan flatbar. Pada kali ini penyertaan skateboarders lebih ramai dan menyeluruh pada bahagian selatan khususnya dari Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Tidak lupa juga peserta dari Ipoh, Terengganu dan KL. Penglibatan sponsor-sponsor turut berjaya memeriahkan lagi suasana.

Terlalu banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh pihak kitorang untuk meneruskan legasi UTHM X-Games bagi tahun 2011 dan seterusnya. Ini antaranya berikutan hal yang berkaitan saman dari ESPN KL akibat penggunaan “X-GAMES” walaupun selepas 3 tahun diadakan dan kurangnya ke prihatinan pihak Universiti sendiri. Biarpun terlalu banyak wang ringit kami sendiri yang terpaksa dihabiskan dan masa yang dibazirkan untuk perbelanjaan pada setiap tahun. So, we had done and enough with it. So kepada mana-mana local, keep the scene alive here. We are creating the scene not the scene creates the way we are. Takkan semua benda nak kena suap. SO, CHANGE YOUR MENTALITY!

Terima kasih juga diucapkan kepada semua skateboarders dan riders yang pernah turut serta dan tidak lupa kepada crew-crew yang hampir kesemuanya bukan skateboarder tetapi turut membantu dan memberi sokongan walaupun tanpa mendapat apa-apa ganjaran. Dan tidak lupa kepada local UTHM As, Azri,Zul, Wan, Yusri dan Pisdeq dan special thanks to Acey Ayer Hitam. Really appreciate it so much dude! Thanks semua, semoga terus sukses!!!!!In Skateboarding We Trust & United!

Media : www.skatemalaysia.com, otakdanjantung.blogspot.com

Sponsored by: Bigfoot Industries (Johor), Krookz (KL), Endsevennine (Johor), Glam Wheel (KL), V=IR (Johor), Panorama (KL), Rock & Rolling (Sabah), Off Wax Industries (Johor), Vandalism Streetwear (Sabah), Boonga Art Shoes (Pahang), Bigfootleg Familia (Sabah).

Oleh: Suhaimi barawit (Hero Papan Malaya 2011)

So selesai sudah membaca, apakata korang semua layan pula video interview suhaimi barawit 3Hari sebelum pulang ke sabah dan dianugerahkan sebagai Hero Malaya 2011


Video & Edit : Nureddy Nursal (BlackRoomTv)

Hero Malaya ditaja oleh:

N&Z Extreme & Deuce Brand

No comments:

Post a Comment